Monday, May 28, 2007


ORIGAMI SUPER FROG
Kenapa SUPER FROG ? Ini kerana origami katak ini mampu melompat tinggi dengan menekan pada bahagian tengahnya. Sekali pandang , origami katak ini seolah-olah melompat seperti katak sebenar. Namun ianya tidak mampu berbunyi untuk memanggil hujan. Hendak tahu cara membuatnya?


ORIGAMI KERUSI

Origami kerusi berwarna biru. Untuk hiasan dan alat permainan memang sesuai, tetapi untuk duduk, tidak boleh. Kelihatan origami tidak kemas, kerana berlaku kesilapan sewaktu menghaslkannya. Hendak tahu cara membuatnya?



ORIGAMI MOTORBOT

Gambar di sebelah ialah gambar origami motorbot. Comelkan? Anda boleh menggunakannya sebagai alat permainan di kolam. Sewaktu membuat origami ini, ada berlaku beberapa kesilapan sehingga menyebabkan ianya kelihatan tidak kemas dan lunyai. Saya rasa ini ialah origami yang paling popular sewaktu saya masih kecil. Hendak tahu cara membuatnya?

Thursday, May 24, 2007



ORIGAMI BEKAS GULA-GULA

Gambar di sebelah ialah origami bekas gula-gula yang berwarna merah. Sebenanrnya ianya sama sahaja dengan origami yang berwarna ungu di bawah ini. Mesti rasa teringin hendak membuatnya. Hendak tahu caranyakah?



ORIGAMI BAKUL

Ini ialah gambar origami bakul. Cantikkan. Kecil sahaja. Cara membuatnya senang sahaja. Hendak tahu?


ORIGAMI MEJA
Gambar di sebelah ialah gambar origami meja yang berwarna kuning. Menarik bukan? Adik-adik perempuan mesti mahu memiliki meja ini sebagai tambahan kepada perabot mainan mereka. Boleh juga buat sebagai meja restoran mini. Cara membuatnya agak rumit juga. Hendak tahu bagaimana cara membuatnya?

Wednesday, May 23, 2007


ORIGAMI ANGSA
Di sebelah ini ialah gambar origami angsa. Cara membuatnya sangat mudah. Anda semua tahu membuatnya? Kalau tahu, tidak perlulah saya beritahu. Hendak tahu juga?


ORIGAMI KATAK
Di sebelah ini ialah gambar origami kata. Pada mulanya amat sukar untuk menghasilkannya. Jangan bimbang, katak ini tidak boleh melompat dengan mengejar anda.



ORIGAMI BEKAS GULA-GULA

Ini ialah gambar origami bekas gula-gula. Menarik bukan? Selain gula-gula, ia boleh dijadikan sebagai bekas kuaci, kacang dan benda-benda kecil yang lain. Nampak susahkah hendak membuatnya? Oh tidak, senang sahaja. Ia menggunakan teknik pengulangan pada setiap sisi. Hendak tahu cara membuatnya?